Mengaplikasikan Teknik Dekorasi Pasaraya Di Malaysia Kepada Dekorasi Kedai Shopee Anda
Untuk #ShopeeSellerTips pada minggu ini, ShopeeXpert Suhaib telah berkongsi beberapa teknik dekorasi pasaraya yang sesuai digunakan untuk menghias kedai Shopee anda.
1. PASARAYA:
Produk yang mahal seperti perkakas elektrik diletakkan berdekatan pintu masuk.
Kenapa? Bila pembeli masuk, mereka akan nampak harga barang elektronik (TV, mesin basuh, peti ais) yang mahal ni dulu. Secara psikologinya, selepas melihat harga barang yang mahal ni dulu, harga barang-barang lain yang mereka tengok selepas itu akan kelihatan lebih murah.
APLIKASI DEKORASI KEDAI SHOPEE:
Beri keutamaan kepada produk yang mahal, tinggi kadar keuntungannya, dan/atau penghabisan stok untuk berada pada kedudukan yang lebih awal/atas pada dekorasi kedai anda. Selain berfungsi untuk “upsell” produk-produk ni, produk lain yang mereka lihat selepas itu akan kelihatan lebih murah
2. PASARAYA:
Produk yang “hot-selling” paling jauh dari pintu masuk.
Kenapa? Untuk paksa pembeli melalui bahagian-bahagian lain dan secara tak langsung pembeli akan membeli lebih daripada apa yang dirancang. Biasa kan? Pergi pasaraya konon nak beli barang basah sikit je, tapi bila sampai cashier mesti troli penuh.
APLIKASI DEKORASI KEDAI SHOPEE:
Majoriti trafik ke halaman kedai Shopee kita datang daripada listing. Dan majoriti trafik itu juga datang daripada “hero SKU”/ “hot selling product” kita. Jadi bila kita buat dekorasi jangan paparkan atau letak produk “hot selling” kita pada turutan yang awal/atas. Pembeli pun dah masuk kedai melalui listing produk tu tadi, mereka nak tengok produk-produk lain di kedai anda.
Katakan anda buat carousel/ banner/ poster untuk produk yang “hot selling” tu di bahagian awal/atas, mungkin tak perlu untuk hyperlink ke kategori atau listing. Ini untuk memaksa/ membiarkan mereka melayari atau “scroll” halaman kedai kita lebih lama.
3. PASARAYA:
Saiz troli yang lebih besar, susunan produk di “eye level”, gula-gula/coklat di kaunter bayaran.
Teknik-teknik ni semua berfungsi supaya pembeli membeli lebih banyak dan mempengaruhi pembeli untuk membuat “impulse buying”.
APLIKASI DEKORASI KEDAI SHOPEE:
Di Shopee, Free Shipping adalah tarikan utama. Jadi kalau kedai anda ada FS, maka harga minima troli korang akan jadi RM15 (FS15). Kalau korang jual produk-produk yang berharga bawah RM15, boleh buat dekorasi & kategori untuk barang RM1, RM2, RM3.
Pembeli akan pergi ke kategori ini untuk cukupkan minima RM15 untuk dapat Free Shipping. Jadi, produk-produk dalam kategori harga ni lebih cenderung untuk menjadi “impulse buy”. Pembeli nak cukupkan RM15 dan checkout.
4 JENAMA:
Jenama-jenama besar menghabiskan masa dan duit yang banyak untuk mencari warna yang sesuai untuk logo, tema, dekorasi kedai mereka. Selain identiti, warna banyak mempengaruhi tabiat pembeli.
Sebagai contoh warna MERAH. mengikut kajian, warna MERAH dapat meningkatkan selera makan. Jadi tak hairan kenapa jenama-jenama besar seperti KFC, Mekdi, Coca Cola, KitKat memilih warna merah sebagai warna tema mereka.
Contoh lain pula ialah warna OREN. Warna OREN yang digunakan Shopee adalah warna yang ceria. Warna oren secara psikologinya menggalakkan kita untuk membuat “impulse buying”. Sebab tu butang “Buy Now” berwarna oren. Tapi butang chat dan add to cart kat tepi tu warna hijau.
APLIKASI DEKORASI KEDAI SHOPEE:
Pilih warna yang sesuai dengan identiti dan tema produk di kedai anda. Tak digalakkan memilih warna ikut kegemaran sendiri ya. Takkan jual baju budak dekorasi kedai warna hitam kan? Baju budak kan warna-warni. Jadi deko dengan warna-warna yang ceria.
Boleh buat carian “color psychology” untuk buat bacaan dan kajian lanjut ya.
CARA MERANCANG DEKORASI KEDAI ANDA
Lepas korang buat kajian nak dekorasi kedai korang macam mana. Buat & lukis pelan untuk dekorasi tu supaya idea tak hilang. Buat kerja kreatif sangat memakan masa dan perlukan masa yang lama dari buat kajian, perancangan dan pelaksanaan. Jadi boleh buat sikit-sikit, tak perlu tergesa-gesa nak siapkan sekaligus.